UNDANG-UNDANG KONTRAK PART 2

Sharing :

UNDANG-UNDANG KONTRAK PART 2

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua

😊
Pada hari ini saya ingin meneruskan perkongsian mengenai undang-undang kontrak di Malaysia.

 

Bagi menjadikan sesuatu perjanjian itu sesuatu yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang, dengan itu menjadikan satu ‘kontrak’ yang sah, beberapa elemen penting haruslah wujud:-

 

• Cadangan & Penerimaan-Satu persetujuan yang dihasilkan daripada satu cadangan atau tawaran yang dibuat oleh satu pihak dan satu penerimaan mutlak kepada tawaran tersebut oleh pihak satu lagi;

 

• Balasan-Wujudnya balasan yang diberi dan diterima oleh setiap pihak yang berkontrak;

 

• Niat mewujudkan hubungan di sisi undang-undang di mana pihak-pihak yang berkontrak mestilah berniat untuk mewujudkan satu hubungan di sisi undang-undang;

 

• Keupayaan- Setiap pihak kepada kontrak tersebut mestilah berupaya untuk mewujudkan kontrak;

 

• Kerelaan bebas-Setiap pihak haruslah memasuki kontrak tersebut dengan kerelaan bebas; dan

 

• Keesahan kontrak-Objek yang menjadi intipati kontrak tersebut haruslah sesuatu yang sah di sisi undang-undang.

 

Suatu cadangan juga boleh dibuat kepada dunia iaitu tanpa ditujukan khas kepada seseorang jua secara khusus. Ini bermakna sekiranya si pembuat cadangan membuat apa-apa cadangan tanpa menyebut pihak-pihak tertentu yang ditujukan cadangan tersebut, maka penerimaan boleh dibuat oleh mana-mana orang yang tahu mengenai cadangan tersebut.

 

Dalam kes Carlill v. Carbolic Smokeball Co, Defendan telah membuat satu iklan dalam surat khabar menawarkan hadiah £100 kepada sesiapa sahaja yang menjangkiti selesema setelah menggunakan ubat yang dijual olehnya dengan syarat pembeli ubat itu hendaklah mengikut arahan yang ditentukan.

 

Untuk menunjukkan kesungguhannya, ia telah meletakkan wang sebanyak £1,000 ke dalam bank untuk menampung sebarang tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pembaca iklan yang menggunakan ubat tersebut seperti mana arahan-arahan yang ditetapkan.

 

Plaintif yang membaca iklan telah membeli ubat berkenaan dan menggunakannya sebagaimana yang diarahkan tetapi dia telah dijangkiti selesema.

 

Plaintif lalu membuat tuduhan ke atas defendan, mahkamah memutuskan bahawa sesuatu cadangan itu tidak semestinya ditujukan kepada orang-orang tertentu sahaja tetapi ia boleh ditujukan kepada khalayak ramai atau dunia luas.

 

Iklan defendan itu adalah satu cadangan kepada dunia luas dan sesiapa sahaja yang membaca iklan itu dan sanggup mematuhi syarat-syarat penggunaan ubat itu sebagaimana yang ditentukan adalah dianggap telah membuat penerimaan yang lengkap.

.

Sekian,

“Memperkasakan Ilmu Perundangan Anda”

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment