Sharing :
KONFLIK HARTA PUSAKA
Liyana The Lawyer
Apabila berlaku sahaja kematian, adakah semua harta si mati samaada harta alih dan tak alih diletakkan sebagai status harta beku? Bagaimanakah untuk mencairkan harta-harta tersebut?
🏭 Jika Harta pusaka adalah harta peninggalan simati yang nilaian keseluruhannya melebihi RM 2juta, adakah boleh dibawa di Mahkamah?
⚖️ Untuk maklumat anda, kes ini boleh dibawa di Mahkamah. Prosedur ini juga terpakai bagi simati Islam dan juga bukan Islam yang meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1959 [Akta 364].
📂 Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir. Setelah Surat Kuasa Mentadbir simati diperolehi, Pentadbir hendaklah mendaftarkan Surat Kuasa Mentadbir tersebut di Pejabat Tanah yang berkenaan supaya semua pendaftaran hak milik simati didaftarkan atas nama Pentadbir.
👩🏻⚖️👨🏻⚖️ Oleh itu, untuk info yang lebih sahih, anda perlu dapatkan nasihat guaman bersama Peguam-peguam yang profesional bagi mengendalikan kes anda.
📲 Hubungi admin kami di talian 012 364 0086 atau 012 364 7290 untuk tempahan slot bersama Peguam