Sharing :
LANGKAH-LANGKAH MENGELAK JADI MANGSA SCAM
Liyana The Lawyer
📌Berikut adalah 3 cara untuk anda mengenali ‘scammer‘ yang terdapat di luar sana:
1️⃣ ‘Scammer‘ akan berkata mereka membuat pangggilan daripada bank atau agensi kerajaan seperti mahkamah dan polis, atau syarikat-syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Pos Laju dan kereta sewa. Jika anda mendapat panggilan seperti ini, beritahu mereka yang anda akan pergi ke cawangan mereka yang berdekatan untuk menyelesaikan urusan tersebut.
2️⃣Scammer selalu minta butir-butir diri anda – sepatutnya mereka sudah memiliki butir-butir tersebut jika mereka benar-benar tulen. Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menguji ketulenan mereka:
📌Beri maklumat anda yang salah. Jika mereka tidak dapat mengesan bahawa maklumat anda tidak tepat, maka sahlah mereka ‘scammer‘.
📌Minta data peribadi anda seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan anda daripada mereka. Jika mereka gagal dengan memberikan pelbagai alasan, memanglah mereka scammer.
3️⃣ ‘Scammer‘ akan menggunakan taktik cinta untuk memperdaya wanita-wanita bujang atau yang kesunyian. Biasanya mereka menggunakan akaun palsu di Facebook dengan nama yang seakan-akan berdarah campuran dan foto profil yang mencairkan hati para wanita (mangsa).
📌Mereka akan meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke akaun mereka (dengan mencipta pelbagai tujuan) dan berjanji untuk mengahwini mangsa. Taktik ini dinamakan ‘love scam’.