Sharing :
JURURAWAT DITIPU HINGGA KEHILANGAN RM350,000
Liyana The Lawyer
🔴Hati hati! Macau scam kembali aktif.
👉Baru-baru ini, seorang jururawat telah mengalami kerugian sebanyak RM350,000 ringgit.
🔥Jururawat tersebut telah menerima panggilan telefon yang memaklumkan bahawa terdapat tunggakan pembayaran SSM untuk tempoh 15 bulan dan mangsa disuruh untuk melangsaikannya.
👮♂️Mangsa kemudiannya di hubungi oleh individu yang mengaku bahawa dirinya bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan telah meminta nombor kad pengenalan serta nombor kad-kad bank mangsa yang kononnya untuk membuat siasatan berkenaan tunggakan pembayaran tersebut.
😣Mangsa hanya mengetahui bahawa dirinya telah ditipu, apabila ingin mengeluarkan wang dan sangat terkejut apabila mendapati baki akaun simpanan sudah berkurangan.
💐 Hubungi kami di talian 0123640086 atau 0123647290.