Sharing :
8 SEBAB KENAPA PERNIAGAAN ANDA SEDANG GAGAL- PART 1
Liyana The Lawyer
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Salam Ahad. Lazimnya pada hari Ahad, saya akan cuba meluangkan masa membuat kajian bagaimana ingin mengembangkan perniagaan saya.
Maklumlah saya tiada business training sewaktu mengambil degree dan juga Masters sekarang ini. Maka saya terjumpa satu artikel menarik yang saya ingin kongsi kepada para pengikut Facebook saya terutamanya yang bergelar usahawan. Moga olahan artikel ini membawa kebaikkan dan manfaat buat anda semua:-
8 SEBAB KENAPA PERNIAGAAN ANDA SEDANG GAGAL.
1. BERGADUH DENGAN RAKAN KONGSI
Bergaduh dengan partners atau rakan kongsi niaga ni memang boleh membawa padah. Bila bergaduh dengan rakan kongsi, ibarat anda bergaduh dengan pasangan hidup. Malah lagi teruk lagi sebab perkara ini akan terbawa -bawa ke rumah sehingga boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga jika tidak dapat mengawal emosi.
Mulanya marah dengan partner niaga sahaja, bila sampai rumah tengok muka anak bini, boleh bertekak sebab terluah tekanan dan stress kat orang rumah. Huiysshhh parah….
Sebuah Perniagaan yang dipenuhi dengan rakan-rakan yang tidak dapat bertolak ansur tidak akan bertahan lama. Anda haruslah mencari jalan penyelesaian untuk setle masalah dan jangan terbawa bawa hingga ke rumah. Komunikasi yang baik dan kepercayaan itu AMAT penting.
2. KEGAGALAN UNTUK FOKUS KEPADA KLIEN.
apabila anda tak endahkan klien, lama-kelamaan sikap tak kisah ini akan membunuh perniagaan anda. Kebanyakan perniagaan tidak akan buat satisfaction survey keatas pelanggan mereka dan jika mereka akhirnya lakukan, rata-ratanya akan terkejut untuk mengetahui bahawa pelanggan mereka tidak berpuas hati.
One thing for sure, kalau client ni tak suarakan rasa tidak puas hati mereka sebab anda pun tak pernah minta feedback, lama kelamaan mereka akan suarakan rasa tak puas hati servis perniagaan kita kepada orang lain. Jadi sentiasalah minta pandangan dan feedback dari client dan customers anda. Ini adalah data penting untuk kembangkan perniagaan anda.
3. TERLAMPAU BANYAK INTERNAL PROSEDUR YANG REMEH ATAU TAK CUKUP SOP NAK JAGA KUALITI PERKHIDMATAN.
SOP ni sebenarnya dalah satu perkara yang baik dalam perniagaan. Tapi kadangkala bila terlampau banyak prosedur ketat atau tiada prosedur langsubg pun boleh membawa padah.
Sebuah perniagaan perlu sekurang-kurangnya ada agreement hitam putih atau surat hitam putih dalam menawarkan servis perniagaan. Jangan terkejar sangat dengan nak cari kualiti tapi akhirnya terjerat dengan permainan dan scammer yang kian licik dan bijak nak memperdayakan orang.
Kalau yang terlampau banyak SOP remeh pula, lazimnya benda tu tak relevan pun sehingga mengabaikan aspek perkembangan bisnes dan juga marketing. Hu sedihnya, apa guna SOP berjela kalau business takde kan?
Jadi kena seimbangkan SOP dengan aktiviti marketing dan pengembangan perniagaan.
4. TAKNAK BELAJAR PERBAIKI DIRI DAN BELAJAR SKILL BARU
Ini adalah kesilapan yang menjerat diri dalam diam. Seorang peniaga walaupun dan bertahun tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan pun PERLU dan wajib sentiasa memperbaiki diri dan mempelajari skill baru. The key word is ‘self investment’ .
Zaman kian berubah dengan cepat. Kita jangan la duduk diam dan rasa ilmu apa yang dah ada di dada ni cukup. Anda kenalah melabur masa dan tenaga untuk mempelajari perkara bermanfaat yang baru. Kena juga mengambil risiko dan menimba ilmu pengetahuan kerana ia mungkin menjadi satu asset dan strategi melebarkan empayar perniagaan. Jangan abaikan juga belajar juga tentang pemasaran atau pengurusan. Semua ini baik untuk perkembangan perniagaan anda.
Esok saya sambung PART 2 pula after balik Mahkamah ye,
Sekian,
#LiyanaTheLawyer